Wednesday, 30 November 2011

Jom Tukar Link

Wednesday, 30 November 2011
Jom tukar link anda dengan dunia-blog-blogger.blogspot.com. Sidebar dan ruangan entry blog ini adalah dofollow. Pagerank blog ini ialah 1 dan pagerank entry ini masih 0, dan sekiranya anda membuat penukaran link dengan blog saya ini, saya akan letakkan link anda di sidebar dan juga di entry ini.


Kaedah Tukar Link Dunia Blog Blogger

1. Anchor Text: Teknik asas SEO, Link: http://dunia-blog-blogger.blogspot.com, pastikan anda meletakkan anchor text dan Url seperti ini di blog anda tidak kira lah dimana2 sahaja sebaik-baiknya di ruangan tukar link atau sidebar. Contoh: Teknik asas SEO

2. Sekiranya anda mahu tukar banner, anda juga perlu letakkan banner saya. Sekiranya anda letakkan link saya di single post, saya letak kat single post juga, sekiranya di sidebar, saya juga akan letak disidebar, dan seterusnya bergantung kepada kesesuaian.

3. Wajib komen dientry ini untuk pemberitahuan dan BUKAN di Shoutmix bimbang terlepas pandang. Dan anda boleh pilih anchor text anda, link atau mungkin deskripsi blog anda.
adakah dengan tukar link ini menjadikan trafik diblog kite bertambah, jawapanya tak tentu kerana program penukaran link ini pada dasarnya untuk backlink dan tidak menjanjikan referral trafik.

Ahli Tukar Link / Link Exchange

Top 5

Belajar Seo Blogspot



LAST UPDATE: hari ni lah

Tuesday, 29 November 2011

Pekeliling SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam)

Tuesday, 29 November 2011
Pekeliling SBPA atau Saraan Baru Perkhidmatan Awam akan dihebahkan secara meluas dan serentak di portal atau laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian dan MAMPU apabila tiba masanya kelak, dijangkan akan diwartakan pada 1 Disember 2011. Sumber dari www.jpa.gov.my

pekeliling SBPA

Antara yang dijangka akan diwartakan ialah:

1. Exit Policy
mana-mana kakitangan kerajaan yang di nilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan di sarankan supaya berhenti

2. Pengredan semula jawatan
akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar)
i. Premier
ii. Jusa
iii.Pengurusan Tinggi
iv. Pengurusan dan Profesional
v. Pelaksana

ikutkan gred Premier dan Pelaksana tu adalah gred baru yg di wujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yg di gred semula mengikut keperluan organisasi. maksudnya kalau ambil gred bawah sekali; Pelaksana, seseorang yg sekarang ini hanya bertugas sebagai Pemandu, kena la ada multiskill, jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip tukang angkat telepon lepas ni....

3. Penilaian Markah Penjawat Awam
markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam, secara kasar akan di nilai seperti berikut

a. Markah 95% keatas - kenaikan gaji adalah 15 %
b. Markah 85%-95% - kenaikan gaji adalah 8%
c. Markah 75 % - tiada kenaikan
d. Markah 70 % - di syorkan tamat perkhidmatan

4. Struktur Gaji Baru
mengikut formula yg JPA dah kaji, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula dari KSN adalah spt berikut

KSN - 50k
Premier - 40k
Jusa C - 12k
Pengurusan & Profesional - 6k
Pelaksana - 3k

Ini cuma jangkaan seorang forumer Carigold.com berdasarkan kenyataan akhbar dari pegawai besar kerajaan seperti KSU dan lain2, walaubagaimana pun Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA akan diumumkan tak lama lagi bersama borang opsyen dan borang opsyen ni amat penting untuk menyatakan kesediaan seseorang penjawat awam untuk dinilai dengan sistem ini yang mana wajib bersara umur 60 tahun tetapi sekiranya tak terima, penjawat awam tersebut akan dinasihatkan berhenti...

cam maner penjawat awam? mampukah anda menerima skim SBPA ini...

Friday, 25 November 2011

Jalan Dungun bila nak siap

Friday, 25 November 2011
pembinaan pada bulan disember tahun 2009

Pembinaan jalan di bandar Dungun telah bermula sejak awal tahun 2009, gambar diatas menunjukkan proses pembinaan jalan bandar pada 03/12/2009. Memamng wajarlah tak siap lagi pada akhir tahun 2009 kan sebab tak sampai lagi setahun. Jadi apa yang menariknya, gambar dibawah menunjukkan proses pembinaan berterusan sehingga awal 2011 seperti gambar dibawah.

Chelsea kalah lagi terkini di Liga Juara-juara eropah


Chelsea kalah lagi bermakna kekalahan ke-4 berturut-turut. Chelsea yang turun menentang Bayern leverkusen awal pagi semalam untuk perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-juara Europah dengan keputusan Bayern Leverkusen 2 - Chelsea 1.

Walaupun jaringan pembukaan adalah milik Chelsea hasil dari percubaaan D.Drogba masih tidak cukup untuk memenangi perlawanan ini. Bayern Leverkusen berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-73 hasil jaringan E. Derdiyok.

Goal kemenangan Bayern Leverkusen terhasil pada minit2 akhir perlawanan diwaktu tambahan oleh M. Friedrich. Kekalahan ini meletakkan Chelsea di tangga ke-2 kumpulan E dibelakang Bayern Leverkusen dan sama mata dengan Valencia.

Jadual Keputusan Semasa Kumpulan E Liga Juara-juara EUFA



Perlawanan seterusnya Chelsea menentang Valencia dan Chelsea perlu menang. perlawanan dijadualkan pada 7 Disember 2011, pukul 2.45 waktu Malaysia. Chelsea pasti menang kali ni, hehe.

Wednesday, 23 November 2011

The Billionaire 2011 - Filem Thai dari kisah benar seorang taikun snek.

Wednesday, 23 November 2011
The Billionaire adalah sebuah filem Thai yang diangkat ke layar perak berdasarkan dari kisah benar seorang taikun snek - Top Ittipat, Bermula dari usia 16 tahun Top adalah seorang yang tidak ada arah kehidupan dan terlalu gila bermain permainan video online. pada usia 17 tahun Top berhenti sekolah untuk menjadi penjaja kacang. Pada usia 18 tahun Top terpaksa hidup merempat setelah keluarganya diistiharkan muflis dan meninggalkan hutang sebanyak 4O juta baht.


Pada usia 19 tahun Top mencipta snek rumpai laut yang dinamakan Tao Kae Noi dan dijual di 3 ribu cawangan 7-Eleven di Thailand. Dan kini, di usia 26 tahun Top adalah taikun snek yang paling berjaya di Thailand dengan jumlah penghasilan sebanyak 800 juta Baht setahun dan mempunyai 2000 pekerja. Itulah dia, Top Ittipat dan ini adalah kisah benar hidupnya.

The Billionaire (2011) Thai Movie




Nampaknya cerita ni agak menarik daripada trailer yang aku lihat tu. Cerita based on true story ni memang menarik. Cerita2 sebegini memberikan kita sedikit inspirasi. Dikhabarkan cerita ni akan ditayangkan bermula 30 Nov 2011.

Fiverr.com membantu usahawan internet menjual produk

formulafiverr.com

Hari ini aku tertarik untuk menulis tentang Fiverr.com yang telah pun diketahui ramai. Fiverr ni terkenal dengan jual beli $5 @ USD5.

Yalah, kalau anda belum tahu apa itu Fiverr, mari saya terangkan di sini sedikit sebanyak. Fiverr adalah satu laman web di mana kita boleh tawarkan servis dengan harga serendah $5. Atau kite juga membeli servis orang lain dengan $5.

Mungkin kita sendiri rasa $5 adalah jumlah yang sedikit. Lepas tolak cukai $1 dari Fiverr, kita cuma akan dapat $4 bersamaan RM 12 sahaja.

Ok apa. :)

Tapi, yang amat mengejutkan juga sebab ada si mamat ni (orang Malaysia ye), boleh buat sampai RM 4,000 sebulan. Banyak tu!

Tak payah nak curi-curi duit orang. Tak payah nak susah-susah buat ebook. Ini bukan skim cepat kaya ye. Alhamdulillah, makna kata, sesiapa sahaja boleh buat duit. Tak payah nak bukak ofis sendiri. Hanya buat kerja depan laptop.

Monday, 21 November 2011

Chelsea kalah di tempat sendiri menetang Liverpool

Monday, 21 November 2011
pemain chelsea

Chelsea (1) VS Liverpool (2)




Nampaknya perlawanan tumpuan EPL hari ini antara Chelsea dan Liverpool berkesudahan dengan kemengan Liverpool. 2 Goal Liverpool disumbangkan oleh Maxi Rodriguez dan Glen Johnson. Manakala Chelsea yang berjaya mengikat kedudkan seri 1-1 pada satu ketika hasil jaringan Daniel Sturridge.

Search