Saturday, 22 October 2011

Asas penting dalam SEO

Saturday, 22 October 2011
kita fahami semula maksud SEO. Seo diperlukan untuk SERP di SE, huraian dia dalam entry asas blog blogger. Jadi apakah langkah asas atau lebih baik kita katakan Onpage SEO. Hari ni aku nak cuba huraikan maksud SEO dan bahagian2 dalam seo sendiri.

Apakah SEO - SEO ialah singkatan bagi Search Engine Optimization ataupun Mengoptimumkan Enjin Carian. Kenapa perlu SEO untuk blog atau laman web, apakah maksud sebenar disebalik mengoptimumkan enjin carian atau SEO, kesan SEO dan kebaikkan SEO. Penuh dengan pertanyaan SEO.

Back to Basic - Blog dibina untuk meluahkan pendapat atau informasi kepada pembaca, jadi semakin ramai pembaca semakin bagus blog itu dan perjalanan keluar masuk pembaca itu kita panggil dengan nama trafik. Bagaimana cara untuk seseorang itu sampai kepada blog kita, sudah tentu melalui enjin carian seperti google, yahoo dll atau pun melalui website/blog lain yang mengandungi url blog kita, betulkan.
Url  ialah Uniqe Resouce Locator seperti contoh http://google.com/
Jadi secara tak langsung, itu membuktikan pengunjung ke blog kita hanya akan sampai melalui enjin carian dan url blog kita di website lain, masih adakah cara lain untuk pengunjung sampai ke blog kita, kecuali dia terus menulis url di adress bar browser masing. Url blog kita yang ditinggalkan di website lain2 di panggil sebagai backlink, atau incoming link atau inbound link.

Jadi, cara untuk memannggil trafik atau pembaca datang ke blog kita dengan search engine dan backlink, dan ini merupakan konsep asas didalam SEO, jadi membincangkan tentang SEO amat penting bagi blogger2 yang mengetahui kepentingannya.
asas seo

SEO dibahagikan kepada 2 bahagian besar yang penting dipanggil: (pendapat aku jer ni)

1. Onpage SEO - iaitu mengoptimumkan blog dari dalam dengan cara memilih keyword, nama domain, tajuk blog, isi kandungan dan meta tag yang sesuai dan selalu dicari oleh pembaca. Onpage seo lebih kepada mengubah suai blog kita sendiri dari dalam. Pekara ini penting untuk diindex di enjin carian.

2. Offpage SEO - iaitu meninggalkan Url/link blog di mana2 sahaja, pembaca yang datang dari link yang ditinggalkan kita di panggil backlink dll. Kebiasaanyan offpage seo dibuat dengan submit url ke enjin carian, meninggalkan komen di blog lain dengan meninggalkan link kita, komen di shoutbox, articel directory, ping blog dll. Secara asasnya cara ini ialah meninggalakan laluan masuk dari website/blog lain ke blog kita.

Post yang akan datang aku akan ceritakan lebih dalam mengenai onpage seo terlebih dahulu.

setakat ni sahaja pengenalan kepada asas penting dalam seo, tujuan aku buat post ini untuk memperkuatkan ilmu yang aku pelajari dan juga untuk berkongsi, bukan untuk mengajar kerana aku tidak pandai, mana yang baik kita sama2 kongsikan.

5 comments:

  1. Aku bab On page & off page ni yang pening sikit...he3

    ReplyDelete
  2. Info yang bermanfaat. Teruskan menulis.

    ReplyDelete
  3. Thread yg berfaedah bagi kami yg nubie ini..TQ

    ReplyDelete
  4. @Jai, ko otai tak kisah sangat mende2 ni.

    ReplyDelete
  5. Sekarang aku cuba tingalkan link aku disini haha

    ReplyDelete

dunia blog blogger amat2 mengalukan komen2 anda, thanks

Search