Friday, 21 October 2011

Back To Basic - Bina Blog

Friday, 21 October 2011
blog baru, mesti kene mula dari awal. Back to basic sebagai asas dalam blogging bagi blogger di blog. Seperti biasa, kite kene tahu dulu makna sebenar blog sebelum kita nak masuk bab SEO.

Blog - ialah singkatan bagi "web log".


beza antara web log dan web site secara ringkasnya boleh dibezakan melalui cara berhubung antara blogger dan reader. Web Site tidak menyediakan ruangan komen (comment) manakala bagi blog, komen adalah nyawa blog tu sendiri. Sejauh mana kerbekesanan blog dapat dilihat dari banyak sudut tetapi komen adalah yang terpenting. Secara mudahnya, kita boleh katakan, blog melibatkan hubungan 2 hala dalam satu2 mase yang sama.

kenapa blogspot bukan wordpress atau pun bukan domain sendiri? dunia-blog-blogger.blogspot.com dipanggil sebagai subdomain iaitu sub kepada domain asal, blogspot.com. Bagitu juga sekiranya memilih wordpress.com. Sekiranya ingin memilik domain sendiri seperti contohnya, dunia-blog-blogger.com, aku perlu membeli domain ini terlebih dahulu dengan domain provider atau parking sekiranya telah dibeli dan aku juga memerlukan hosting sendiri.


Ada banyak lagi detail yang perlu dibincangkan sekiranya ingin menggunakan domain sendiri, jadi aku taknak cerita banyak pasal mende tu.

blogspot seolah-olah linux dan wordpress seperti window sebagai perbandingan untuk kebebasan mengedit. Wordpress tidak membenarkan iklan diletakkan di blog percuma, manakala blogspot anda bebas. Template blogspot juga bebas diedit sesuka hati tetapi wordpress tidak boleh, hanya boleh menggunakan template yang sedia ada begitu juga dengan wordpress.org

tetapi, umum mengetahui wordpress lebih mesra SEO berbanding blogspot, apakah SEO? SEO = Search Engine Optimazation ( Pengoptimum Enjin Carian) yang berkait rapat dengan SERP = Search Engine Ranking Pages, kedudukan sesuatu blog dalam carian di Search Engine (SE), ok jadi SE,SEO dan SERP perlu dipahami supaya mudah untuk memahami penjelasan otai2 blogger di blog mereka.

sebagai contoh SERP, taip perkataan blog terkenal di google.com.my, akan keluar seperti dibawah (21/10/2011, 21.12pm)
http://www.google.com.my/search?gcx=c&sourceid=chrome&ie=UTF-8&q=blog+terkenal
ini lah yang dikatakan dengan SERP, keyword untuk SERP ini ialah blog terkenal, jadi untuk mendapat kedudukan di 10 terawal di setiap carian, sesebuah website itu perlulah mesra SE dan memerlukan SEO. (toalak tepi iklan berbayar, kadangkala ada yang duduk diatas bagi sesetengah carian kerana mereka membayar kepada google untuk berada di atas sesetengah carian bagi kata kunci (keyword) tertentu)

Kalo aku nak ceritakan lagi rasanya dah cukup untuk kali ini, dah agak panjang. Aku akan sambung lagi asas blogging di bahagian 2, dah mengatuk pulak rasanya. nak pergi jalan2 blog orang lain pulak sebelum tidur (offpage seo, outbound link, incoming link)

No comments:

Post a Comment

dunia blog blogger amat2 mengalukan komen2 anda, thanks

Search