Friday, 21 October 2011

Pengenalan - dunia blog blogger

Friday, 21 October 2011
link dan juga tajuk yang aku pilih untuk blog aku, kenapa... kerana aku nak buat blog, hari ini 21/10/2011, aku dengan nekad dan cita2 yang tinggi berazam untuk menjadikan blog ini antara top 1000 halaman yang dilawati di Malaysia (ranking alexa.com) apabila berakhirnya tahun 2011 ini sebagai salah satu matlamat aku berblogging.

Aku memilih blogspot kerana"free", bukan sekadar percuma tetapi kebebasan. Ada orang sarankan guna wordpress dan domain berbayar kerana lebih mesra SEO, tetapi bagi aku, semua ni ibarat perbezaan antara window dan linux. Blogspot lebih bebas untuk diedit. Ini adalah Post pertama aku di dunia-blog-blogger, aku nak teruskan untuk on-page seo dahulu sebelum off-page seo. Banyak yang aku belajar tentang seo sepanjang perjalanan aku membina blog ini.

aku bercadang untuk jadikan blog ini sebagai tempat untuk aku berkongsi idea, pendapat, style, peluang pendapatan dan juga macam2 lagi yang penting sebagai seorang hamba Allah di bumi ini.

Aku ingin jadikan blog ini seperti satu jurnal macam belajar atau mengembara dengan mendetailkan setiap langkah dan teknik yang aku gunakan serta mendengar komen2 (blog mesti ade komen) untuk membaiki dan menambahkan ilmu blogging.

Dengan rasa rendah diri, aku memohon semua yang membaca meninggalkan komen2 di sini untuk menambahkan lagi semangat aku ini. Aku bukan seorang penulis yang kreatif, blogger yang bijak atau ahli sukan yang terkenal, hanya sekadar orang biasa yang ingin menceburkan diri dalam bidang blogging.

salam perkenalan semua,

reBellIOn!
http://dunia-blog-blogger.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

dunia blog blogger amat2 mengalukan komen2 anda, thanks

Search