Monday, 24 October 2011

onpage seo | teknik asas seo | bahagian 2

Monday, 24 October 2011

2. Fokus kepada kandungan post


Masih dalam fokus 5 tip onpage seo yang tidak boleh diabaikan oleh blogger. Hari ini bahagian 2 untuk menceritakan sedikit pemahaman saya dalam kepentingan kadungan post di dalam On Page Seo dan saya harap berguna untuk semua yang membaca.

Isi kandungan post atau entry adalah yang paling penting bagi sesebuah blog. Fokus pada keyword yang tepat boleh membuatkan SERP meningkat secara neutral atau semula jadi dengan sedikit usaha.

Cuba bayangkan keadaan seperti ini: Bagaimana google boleh berikan anda kedudukan yang baik di SERP dengan keyword yang anda inginkan sekiranya Google tidak tahu apakah isi kandungan blog anda, SEO bukan sekadar memerlukan link building.

Jika anda seorang blogger, post anda perlu dipertingkatkan sekiranya anda ingin post anda diletakkan di tempat yang tinggi dalam SE. Apabila menulis kandungan post anda, pastikan nilai2 SEO sentiasa ada. Pastikan anda kerap menulis keyword yang anda inginkan, ini adalah antara pekara terpenting dalam teknik On Page Seo saya boleh katakan.

Jika anda menulis keyword berulangkali dan keyword tersebut tidak terlalu tinggi persaingannya, peluang untuk anda berada diatas dalam SERP. Namun begitu, jangan melampau dalam mengulangi keyword tersebut.

Takde masalah untuk ulangi keyword tersebut berulangkali sekiranya sesuai tetapi jika terlampau berulang sangat akan memburukkan reputasi anda di SE. Kerana sifat spammer sebegitu boleh mengurangkan kualiti SERP, SE akan mengurangkan kepentingan keyword tersebut.

Cara terbaik untuk memberitahu SE keyword yang mewakili post dengan menggunakan teks istemewa. Teks istemewa boleh dibuat dengan bold teks dan paling baik menggunakan tulisan yang lebih besar. Contohnya tulisan yang diboldkan lebih penting untuk SE berbanding yang tidak diboldkan.

Keyword boleh juga diwakili dengan heading (seperti <h1> ) untuk menunjukkan keyword lebih penting. Cuma pastikan tidak melampau dengan meletakkan teks istemewa ini kerana boleh juga membawa kesan negatif.

Tidak terlalu susah untuk mengfokuskan keyword yang diingini, ianya bergantung kepada keputusan anda untuk memilih keyword yang sesuai semasa menulis post tersebut.

teknik asas seo
h1, h2, h3 dan seterusnya boleh digunakan untuk memberitahu SE tentang keyword yang kita ingini, dan secara tak langsung juga heading ini boleh menarik perhatian pembaca post anda akan datang. Post akan datang menerangkan bahagian ke-3 dalam teknis asas seo berdasarkan On page seo.

No comments:

Post a Comment

dunia blog blogger amat2 mengalukan komen2 anda, thanks

Search