Sunday, 23 October 2011

onpage seo | teknik asas Seo | bahagian 1 | 5 tip onpage seo yang tidak boleh diabaikan

Sunday, 23 October 2011
on page seo berdasarkan pemahaman aku sendiri, onpage seo juga dikenali dengan nama on site seo. On page seo bermaksud meningkatkan kemesraan blog/website dengan SE (search engine) supaya lebih mudah di index dengan cara menambaik dalam blog itu sendiri tanpa melibatkan trafik luar.

Jangan pula lupa tentang off page seo yang juga menyumbang kepada SERP (search engine ranking page), element penting dalam seo. Sesetengah blogger lebih menekankan off page seo berbanding on page seo, contoh off page seo iaitu meninggalkan link url kita di blog orang lain dengan komen atau link exchange ataupun dengan menggunakan laman sosial seperti facebook dan twitter, ini juga amat penting.

Ramai blogger yang berjaya mendapat tempat dengan off page berbanding on page, tetapi ini semua bergantung kepada pilihan kita. On page dan off page bila digabungkan dengan baik dapat meningkat SERP dengan baik bagi setiap keyword yang kita inginkan.

On page seo sememangnya perlu untuk menjadikan blog lebih mesra SE. Sekiranya SE tidak dapat mengenal pasti apakah kandungan blog anda, boleh dikatakan hamper tiada lagi cara untuk mendapatkan SERP untuk keyword yang kita inginkan. On page seo sepatutnya tidak terlampau sukar atau rumit.

Untuk mengoptimumkan halaman di dalam blog anda secara berkesan, iaitu dengan kita mesti memberitahu SE apa yang kita inginkan dan ada berbagai cara untuk memberitahu mereka.

5 tip onpage seo yang tidak boleh diabaikan

Tip2 ini lebih memfokuskan pembinaan blog yang baik untuk on page seo dan mungkin juga sesuai untuk pembinaan website.


1. Menulis meta tag title dengan berkesan

meta tag|on page seo

mungkin kita rasa pekara ni tak penting dan boleh jer abaikan kerana menulis Meta title lebih penting berbanding mencara tajuk yang sesuai dengan SE, salah!. Ada yang lebih penting dari sekadar menulis meta tag dapat menarik perhatian mata2 yang memandang. Jadi adakah kita perlu membuat tajuk blog untuk memberitahu pembaca/pengujung blog tentang isi kandungan blog kita atau memberitahu search engine tentang kadungan anda? Meta title anda adalah di mana anda perlu fokus kepada SE bukan kepada pembaca.

Seperti contoh, “Click Here To Learn The SEO Secrets That The Experts Have Kept From You” adalah meta title yang tidak bagus. Hanya ada satu sahaja perkataan dari kesemua 14 perkataan itu yang anda inginkan untuk seo, tetapi mungkin kata kunci tersebut mempunyai saingan yang tinggi di dalam industri kata kunci (keyword). “10 SEO Tips For Bloggers” ialah tajuk yang bagus fokus untuk kata kunci yang diinginkan disamping pembaca tahu apa yang ingin disampaikan dengan meta title sebegini.

Jangan salah sangka ya, aku bukan nak katakan setiap kadungan halaman anda perlu dipertingkat dengan cara bergini. Jika anda seorang blogger, “Click Here To Learn The SEO Secrets That The Experts Have Kept From You” adalah tajuk yang baik untuk mangajak pengujung blog anda untuk membaca dengan lebih lagi. Hanya jangan jadikanya sebagai meta title. Betul, meta title boleh (atau mungkin boleh) berlainan dengan headings di kandungan halaman, Jika ini tidak jelas dari sebelumnya, meta tag anda harus mengandungi banyak kata kunci utama halaman anda, semuanya tidak perlu terlalu panjang. Seperti yang anda boleh lihat,menulis meta title seo tidak begitu mudah dan memerlukan idea yang baik.

Tambahan: teknik diatas boleh digunakan untuk menulist meta tag deskripsi yang berkesan.

Jadi dimanakah kedudukan Meta Tag ini, contoh template default dari blogspot.

a. Login ke blogger.com jadi sekarang anda berada di bahagin dashboard, klik design pada blog yang ingin di edit, kemudian klik Edit HTML. Sekarang cari perkataan di bawah:
Klik Ctrl + F unntuk cari (dengan guna keyboard)

b. Gantikan perkataan di atas dengan code ini
<title>Tajuk Blog Anda</title>
<meta name="description" content="Deskripsi Blog Anda" />
<META NAME="keywords" content="Kata Kunci Blog Anda, Asingkan Dengan Tanda Koma,">

c. Preview dan Save Template sekiranya tiada masalah.

Nampaknya sampai disini sahaja untuk hari ni, kita akan sambung 4 lagi tip On-page Seo yang tidak boleh terlepas pandang nanti di bahagian 2. Aku ni masih belajar dengan on page seo, setiap kali aku buat post, maka setiap kali tu akan kaji terlebih dahulu. Dan setiap post yang aku buat berdasarkan langkah2 yang aku sendiri ambil. Sekiranya ada salah atau kurang, aku harap abang/kakak dapat betulkan, thanks

2 comments:

dunia blog blogger amat2 mengalukan komen2 anda, thanks

Search